Saturday, October 15, 2011

Saya Banyak Dosa

Kisah saya tidak seperti kisah Wardina Safiyyah atau Sham Kamikaze. Kisah saya hanya biasa sahaja. Inilah kisah saya.

Saya pernah berbohong.Saya pernah mengambil hak orang tanpa pengetahuan mereka.Saya pernah mengumpat dan mendengar orang lain mengumpat.Saya pernah malas menunaikan solat.Saya pernah melawan ibu bapa.Saya pernah menjadi talam dua muka.Saya pernah mempunyai hasad dengki terhadap orang lain.Saya pernah mendedahkan aurat kepada bukan mahram.Saya pernah berhutang.Dan pelbagai dosa pernah saya lakukan.

Saya masih melakukan dosa-dosa. Saya masih berdosa. Saya masih banyak doa. Terutamanya kepada Allah SW.T,ibu dan ayah,adik-beradik, keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling. Ampuniku Ya Allah. Lindungilah ku dari godaan syaitonirrajim..





Sehinggalah ditimpa pelbagai musibah tahun ini terutamanya kehilangan arwah wa,saya mula tersentak.Dan pernah membaca satu hadis yang begitu menyedarkan saya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sesungguhnya setiap musibah yang menimpa seorang Muslim menjadi penebus (kifarah) atas dosanya. Bahkan sampai terpeleset kakinya, luka di jari jemarinya atau pun duri yang mengenainya.”
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)


Sekiranya kita sabar diatas musibah yang datang kita akan mendapat pahala diatas kesabaran kita tadi dan ia menjadi sebagai penebus dosa.Kalau kita berkeluh kesah dan tidak sabar diatas ujian tadi maka kita akan mendapat dosa diatas sifat keluh kesah tadi.

Sekecil mana perubahan saya baru-baru ini,Alhamdulillah ibu bapa,keluarga dan rakan2 rapat memberi sokongan. Kata ibu"berubah perlahan-lahan.Jangan terlalu drastik.Pokok pangkalnya hati.Bersihkan hati,InsyaAllah segalanya menjadi mudah."


 Langkah pertama saya lakukan ialah berstokin kaki dan memakai baju kurung dan berjubah selain sentiasa berusaha menjaga solat.Saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya sentiasa diikhlaskan hati ini untuk berubah dan seupaya tidak timbul perasaan riak walau sekecil zarah sekalipun. Saya masih mencari-cari hala tuju saya. Saya masih berusaha untuk merubah diri ke arah lebih baik. InsyaAllah :)


Semoga dipermudahkan segalanya.Doa saya buat diri sendiri dan muslim/ah,semoga sentiasa mencari hidayah Allah kerana hidayahNya tidak datang sendiri. Ameen.



0 comments:

Post a Comment