Jam 2.55 pagi
Tanggal 14 Julai 2011
Al-Fatihah
Perginya insan tersayang dalam hidupku..Arwah Hajah Alus Binti Angah @ nenek tercinta.
Tiada kata yang mampu diucap..Tiada bicara yang mampu menghapus air mata..
Sehingga ke hari ini,hati masih terluka..Ku kuatkan diri untuk tidak rebah..Ku kuatkan hati untuk pasrah..
Ini ketentuan Allah..tiada siapa mampu menghalang..Soal ajal maut hidup mati hanya Allah yang tahu.
Bohonglah ku jika tidak merindu.
Bohonglah ku jika tidak berduka.
Bohonglah ku jika tidak menyesal.
Tiada lagi kata-kata, "banyak2 cucu wa,kaklang yg paling cantik."
setiap kalu ku mengadu "orang cakap kaklang hitam."
Arwah selalu kata 'Takde mane hitam..hitam tu macam kuali. Kau la yang paling cantik."
Tiada lagi kucupan kasihnya buatku dan kucupan sayangku buatnya.
Tiada lagi rajukan ku kepadanya..
Tiada lagi usikanku buatnya.
Tiada lagi kedengaran tawanya.
Tiada lagi hangat tubuhku memeluknya.
Wa,semoga tenang di sana..
Maafkan kaklang atas segala dosa yang kaklang lakukan terhadap wa.
Kerinduan kaklang begitu mendalam buat wa.
Hanya Al-Fatihah mampu disedekahkan untuk mengubat kerinduan ini..
What Sign Am I
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment