Tuesday, May 31, 2011

Tabah..Itu yang terbaik

Perkataan TABAH begitu mendalam maknanya.
Sorang ibu yang tabah dalam membesarkan anak-anak tanpa suami di sisi.
Seorang bapa yang tabah mencari rezeki supaya keluarga hidup sempurna.
Seorang isteri yang tabah dalam mengharungi hidup bersama suami yang curang.
Hanya orang yang melalui suatu fasa kehidupan yang sukar yang mengerti erti TABAH.

Dan buat kali pertama ku mengerti apa itu TABAH.
This year is not a good start fer me and family.
Pelbagai dugaan datang menguji sejauh mana ketabahan hati kami.
Anak saudara yang dilanggar dimasukkan ke ICU..Koma selama 16 hari dan hari ini,
sudah lebih sebulan terlantar di hospital.


Ditebuk lubang pernafasan di leher dan hanya mampu meminum susu khas yang disalurkan ke tiub saluran.
Mohd Nor Iqmal,20 tahun merupaka antara anak saudara yang pendiam,ada rupa dan mempunyai suara
yang sedap apabila menyanyi.
Bila makan,WAJIB kalau nasi dalam pinngan tinggi menggunung. Dia boleh habiskan lauk untuk 3 orang makan. Tapi badan maintain slim :)
Dan kalau dilihat keadaannya sekarang yang hanya mampu menggerakkan mata, dan kaki yang mula menampakkan tulang,begitu juga wajah semakin cengkung, tidak mampu ditahan air mata dari mengalir.
Hanya mampu berdoa semoga Iqmal kembali kepada kami sekeluarga walau apa jua keadaan sekali pun.



23 May 2011,tarikh di mana nenek kesayangan dimasukkan ke hospital kerana paru-paru bocor.
Ku antara cucu yang tersangat rapat dengan nenek yang mesra dipanggil 'wa'.
Dan 25 may 2011,dimasukkan ke ICU apabila tidak sedarkan diri.
Dalam keadaan kelam kabut ku hampir tidak mampu mengulangkaji pelajaran memandagkan keesokan
harinya ku akan menghadapi final exam.
Fikiran kusut. Entah kenapa tidak mampu mengingati segala nota yang dibaca.
Ku hanya mampu mengingati memori bersama wa..ku hanya mampu mengingati gurau senda bersama wa..
ku hanya mampu mengingati betapa luluhnya hati menerima dugaan Allah.
Inilah dugaan..dan inilah ujian untuk menguji sejauh mana ketabahan ku dan family dalam menghadapi dugaan
ini. Wa ditempatkan di wad 3A manakala Iqmal di wad 3B..setiap hari berulang alik ke hospital..10 minit bersama Iqmal kemudian bersama wa dan kemudian bersama Iqmal semula dan seterusnya.

Ya Allah.Berikanlah kesembuhan buat kedua insan yang begitu penting dalam kehidupan kami sekeluarga. Sesungguhnya kami belum kuat untuk menerima 'kehilangan'. Kami memohon padaMu Ya Allah. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.